I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 28 September 2011

Lama dah tak update...lately busy ckit

Lama dah tak buat spaghetti bolognese...terasa tekak ni nak makan...tengok jap dalam peti sejuk apa yang ada...

Ni resepi simple saya...

500gm spaghetti
1 tin kecil tomato puree
1 tin susu cair
500 gm daging cincang
cendawan butang - hiris
celery - hiris
capsicum - dadu
carrot - dadu
tomato - dadu
bawang besar -dadu
bawang putih - dadu
minyak zaitun
butter
parmesan cheese
oregano
garam
2 cawan air

cara2 nya:

1) Rebus spaghetti masukkan sedikit garam dan minyak..bila sudah lembut angkat dan toskan.

2) bawang potong dadu, panaskan minyak zaitun bersama mentega, tumiskan bawang hingga layu kemudian masukkan daging cincang, biarkan hingga kering air.

3) masukkan susu cair..biar sehingga susu kering dan meresap dalam daging, masukkan tomato yang telah didadu..tekan2 tomato supaya pecah, masukkan tomato puree...masukkan air .. biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat...renehkan dengan api kecil...

4) Masukkan sayur-sayuran..perasakan dengan garam...masukkan sedikit oregano..

Wednesday 27 July 2011

Ramadan..Yang..Di nanti

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa." (Surah al-Bagarah 2:183)

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan kepada Allah s.w.t. atas memberi kita kesempatan untuk bersama lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini pada tahun ini. Maka marilah lita sama-sama berlumba untuk menimba sepenenuhnya keberkatan Ramadan pada kali ini. Kerana kita tidak tahu bilakah Ramadan terakhir kita...mungkinkan Ramadan ini?!!!

Semoga kita perbanyakan ibadat kita pada Ramadan kali ini... 

Sunday 24 July 2011

Makaroni Bakar

250 gm Makaroni - elbow shape
250 gm daging kisar
3 sudu besar tomato puree / kalau suka pedas boleh tukar dengan cili paste - cili boh atau buat sendiri
1/2 tin susu cair
8 biji telur
oregano - sikit je
lada sulah
lada hitam-serbuk
bawang besar
minyak zaiton
kentang
tomato
cendawan butang - dalam tin
carrot
daun sup dan daun bawang
keju - parmesan atau cheddar pun boleh

cara-caranya:

Rebus makaroni hingga lembut, masukkan sedikit minyak supaya tidak melekat. Ketepikan.
Potong carrot, kentang dan bawang secara dadu. Cendawan hiris nipis. daun sup dan daun bawang potong kecil-kecil.
Tumis bawang - guna minyak zaitun kalau tk de butter atau minyak biasa pun okay. hingga layu..masukkan daging kacau hingga masak, tomato puree biar sehingga pekat sikit kemudian masukkan susu, kacau biar mendidih masukkan sayur-sayuran tadi, oregano, lada, dan sedikit garam...ikut rasa masing-masing...
masukkan dlm loyang yang telah digris dengan butter...pukul telur masukkan dalam loyang tadi...taburkan cheese diatasnya...bakar hingga masak...lebihkurang...45minit.

Monday 4 April 2011

Nak Kurus!!! Cuba tip-tip ni...

Apa pilihan anda. Kurus atau gemuk? Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.

1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.

2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.
 
Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.

Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.

Apa-apa pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

Sesekali Tidak Mengapa. Sekian, selamat mempraktikkannya…

Sumber Anizyn.blogspot

Sunday 3 April 2011

Puding karamel....

My family favorite...

Bahan-bahan:

Puding:
8 biji telur ayam gred A
2 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar esen vanila
secawan air putih

Karamel:
2 cawan gula pasir

Cara membuatnya:

Karamel:
Masak gula pasir dalam kuali. buka api perlahan supaya gula tidak hangus. Kacau selalu...hingga gula cair dan menjadi perang. Angkat tuang kedalam loyang.

Puding:
Pukul semua bahan-bahan hingga kembang... saya guna blender je.. senang.. pastu tuang dalam loyang yg ada karamel tu. Kukus hingga masak selama 30 - 45 minit.. Angkat sejukkan lebih sedap makan ketika sejuk so masukkan dalam peti sejuk untuk menyedapkan nya..

Thursday 31 March 2011